Hi there! So, minggu ni kami didedahkan dengan pengetahuan mengenai penggunaan papan putih sewaktu proses pdp berlangsung. Walaupun kaedah ini sudah terlalu lama digunakan oleh guru, namun ia masih wajar untuk digunakan di dalam kelas (tapi pada pendapat saya, mungkin guru perlu kurangkan penggunaan papan putih dan lebih menggunakan bahan manipulatif yang mampu menarik perhatian murid)
PENGUNAAN PAPAN TULIS.
1. Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam proses p
& p di bilik darjah. Secara tradisi.
2.Memerlukan
kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah ditempat
yang sesuai.
3. Guru
yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan sahaja
memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan tepat
tetapi juga dapat menarik mereka mengikuti pelajarannya.
PRINSIP- PRINSIP
PENGGUNAAN PAPAN TULIS.
1. Guru harus merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan
menarik perhatian.
2. Guru cuba memahirkan
diri dalam kemahiran melukis gambarajah.
3. Tulisan dan
gambarajah hendaklah jelas kelihatan.
4. Kapur warna
hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan atau
penekanan.
5. Aktiviti penggunaan
hendaklah dipelbagaikan. Selain daripada melukis dan menulis,
boleh digunakan untuk
menggantung peta atau gambar-gambar
yang digunakan sebagai alat
bantu mengajar.
6. Pelajar hendaklah
dilibatkan dalam penggunaan seperti menulis jawapan,
melukis carta atau gambar dan
menyelesaikan masalah mengikut arahan guru.
7. Masa penggunaan
hendaklah sepadan dengan aktiviti p & p. Penggunaan
papan tulis yang berlebihan
akan membuatkan pelajar merasa bosan.
OBJEKTIF- OBJEKTIF
PENGGUNAAN PAPAN TULIS.
1. Untuk
menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Kanak-kanak
mudah memahami daripada guru
hanya bercakap dengan tanpa menulis.
2. Untuk
menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting. Guru
dapat mengekalkan perhatian
pelajar terhadap perkara-perkara penting dalam P&P.
3. Untuk
mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara
bersistematik. Kanak-kanak
mudah faham kerana guru dapat memberi
penjelasan secara lebih
teratur secara satu per satu
4. Untuk
mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Selain penggunaan komputer
dan ABM yang lain. Kanak-kanak
tidak akan merasa bosan dengan satu aktiviti P&P sahaja.
5. Untuk
mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Kanak-kanak akan dapat
pengalaman menulis di papan
tulis contohnya untuk menjawab soalan.
6. Untuk
memberi peluang kepada kanak-kanak meniru huruf dari papan tulis. Ini
akan menggalakkan kanak-kanak
untuk berfikir.
KESAN-KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS.
1. Pelajar
dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Mereka akan mengikuti proses P&P
secara satu per satu kerana guru memberi penerangan secara berperingkat.
2. Pelajar
menumpukan perhatian terhadap aktiviti P&P terutama bagi pelajaran baru.
3. Pelajar
dapat mengikuti perkembangan dengan penuh minat kerana penerangan guru adalah
secara mudah dan berperingkat.
4. Aktiviti
pengajaran guru dapat dipelbagaikan. Contohnya tidak terikat dengan satu ABM sahaja.
5. Pelajar
menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. Guru menulis dengan jelas, terang
dan dibantu dengan proses yang mudah dan tepat. Contohnya untuk menulis huruf.
Ia dilakukan secara langkah demi langkah.
6. Aktiviti
pembelajaran menjadi lebih menarik. Kanak-kanak boleh terlibat secara aktif dalam
P&P contohnya memberi peluang kepada mereka untuk menulis di jawapan di papan
tulis.
7. Konsep,
fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan. Mudah untuk
kanak-kanak untuk mengingati apa yang diajar.
Sumber : Hasmizi Abdul Hamid
No comments:
Post a Comment