Tuesday, 25 August 2015

Makmal matematik



Siapa kata matematik tiada makmal? Ingat sains jak kah yang ada makmal? hah... matematik pun ada makmal sebenarnya. 

Utusan Online : 14 Julai 1998

Menurut Perunding Cara Makmal Matematik (MM) sebuah syarikat swasta, Arus Saujana (M) Sdn. Bhd., Habib Imbichi, negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Jerman telah lama mengamalkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) Matematik menerusi Makmal Matematik yang banyak menggunakan alat bantu mengajar (ABM).
Sehubungan itu, katanya, satu kaedah baru pembelajaran dan pengajaran (P&P) Matematik melalui Makmal Matematik diperkenalkan untuk mencambahkan minat terhadap mata pelajaran tersebut.
''Kewujudan Makmal Matematik perlu disegerakan di sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh negara sebagai satu langkah mengatasi masalah kurang minat dan takut Matematik di kalangan pelajar. Ia juga diperlukan untuk mengatasi masalah kelemahan Matematik di kalangan pelajar,'' katanya.
Jelas beliau, walaupun kerajaan telah mengambil langkah bijak memperkenalkan sempoa dan mental aritmetik, ia masih belum mencukupi.
Ini memandangkan kedua-dua kaedah itu hanya dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan permasalahan Matematik, seperti mengira dan bukannya untuk memupuk minat sukakan subjek itu di kalangan mereka.
''Pendekatan yang digunakan dalam MM adalah sangat menarik, iaitu melalui tiga konsep makmal yang diperkenalkan iaitu makmal lengkap, separuh lengkap dan makmal bergerak.
''Kesemua makmal ini menggunakan ABM seperti polydron bagi menarik minat pelajar mendekati Matematik,'' kata Habib.
Selain itu, katanya, ABM seperti polydron juga dapat membantu membina pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar selain membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam subjek berkenaan.
Habib berkata, Makmal Matemati sememangnya direka khusus untuk melahirkan murid yang pintar dan cemerlang dalam Matematik.
Ini kerana mereka belajar melalui proses pembelajaran bermakna dan mudah difahami serta menyeronokkan, selain membina dan meluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka tentang Matematik.
Ini dapat dilakukan melalui pelbagai latihan menerusi penggunaan polydron dalam P&P menerusi kaedah 'pembelajaran bersama, penguasaan penuh pembelajaran dan pembelajaran persendirian.'
Selain itu, kata Habib, Makmal Matematik juga dapat membantu melahirkan pelajar yang bijak dan cemerlang Matematik, selain mempunyai pengetahuan yang luas, dan mampu pula mengaplikasi Matematik di dalam dan luar bilik darjah, di samping tidak merasa gerun mempelajari subjek itu pada peringkat lebih tinggi.
Beliau berkata, menerusi kaedah P&P Matematik dalam Makmal Matematik, pelajar dapat mengetahui dengan lebih realistik tentang permasalahan Matematik dan berusaha mencari penyelesaian secara persendirian atau berkumpulan.
''Dalam hal ini, guru lebih berperanan sebagai fasilitator dan bukannya pemberitahu sebagaimana kebiasaannya, iaitu murid hanya menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh guru mereka,'' katanya.
Menurut Habib, kaedah ini lebih membantu pelajar menguasai subjek itu, berbanding cara konvensional yang menyaksikan guru lebih berperanan besar, sedangkan murid lebih banyak mendengar dan kurang mengambil bahagian dalam apa bentuk latihan secara langsung dalam kelas.
Katanya, Makmal Matematik juga dapat melahirkan guru yang berkaliber dalam mengajar Matematik, hasil daripada penglibatan mereka secara langsung dalam pelbagai aktiviti P&P dalam kelas yang bermakna, mudah difahami, tetapi menyeronokkan.
''Selain menjadi pusat kegiatan penerokaan dan penemuan, mempelajari dan memahami segala permasalahan bersangkutan Matematik, makmal itu juga mampu menjadi pusat kegiatan guru Matematik yang baru kerana dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan kemudahan P&P Matematik.
''Guru juga boleh mengurangkan masa mereka dalam menyediakan peralatan mengajar, sebaliknya boleh menumpukan perhatian yang lebih terhadap pengajaran yang lebih cekap, memahami bagaimana dan apa yang hendak diajar dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.
''Makmal Matematik juga mampu mengundang minat mendalam para guru Matematik dalam mengajar subjek itu, selain memberi ruang kepada mereka untuk meningkatkan profesionalisme perguruan itu sendiri,'' kata Habib.

Thursday, 6 August 2015

Penggunaan Papan Putih dalam PdP

Hi there! So, minggu ni kami didedahkan dengan pengetahuan mengenai penggunaan papan putih sewaktu proses pdp berlangsung. Walaupun kaedah ini sudah terlalu lama digunakan oleh guru, namun ia masih wajar untuk digunakan di dalam kelas (tapi pada pendapat saya, mungkin guru perlu kurangkan penggunaan papan putih dan lebih menggunakan bahan manipulatif yang mampu menarik perhatian murid)

PENGUNAAN PAPAN TULIS.
1. Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam proses p & p di bilik darjah. Secara tradisi.
2.Memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah ditempat yang sesuai. 
3. Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan tepat tetapi juga dapat menarik mereka mengikuti pelajarannya.

PRINSIP- PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS.
            1. Guru harus merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan menarik perhatian.
2. Guru cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambarajah.
3. Tulisan dan gambarajah hendaklah jelas kelihatan.
4. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan atau
penekanan.
5. Aktiviti penggunaan hendaklah dipelbagaikan. Selain daripada melukis dan menulis,
boleh digunakan untuk menggantung peta atau gambar-gambar
yang digunakan sebagai alat bantu mengajar.
6. Pelajar hendaklah dilibatkan dalam penggunaan seperti menulis jawapan,
melukis carta atau gambar dan menyelesaikan masalah mengikut arahan guru.
7. Masa penggunaan hendaklah sepadan dengan aktiviti p & p. Penggunaan
papan tulis yang berlebihan akan membuatkan pelajar merasa bosan.

 OBJEKTIF- OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS.
1. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Kanak-kanak
mudah memahami daripada guru hanya bercakap dengan tanpa menulis.
2. Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting. Guru
dapat mengekalkan perhatian pelajar terhadap perkara-perkara penting dalam P&P.
3. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara
bersistematik. Kanak-kanak mudah faham kerana guru dapat memberi
penjelasan secara lebih teratur secara satu per satu
4. Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Selain penggunaan komputer
dan ABM yang lain. Kanak-kanak tidak akan merasa bosan dengan satu aktiviti P&P sahaja.
5. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Kanak-kanak akan dapat
pengalaman menulis di papan tulis contohnya untuk menjawab soalan.
6. Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meniru huruf dari papan tulis. Ini
akan menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir.

KESAN-KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS.
1. Pelajar dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Mereka akan mengikuti proses P&P secara satu per satu kerana guru memberi penerangan secara berperingkat.
2. Pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti P&P terutama bagi pelajaran baru.
3. Pelajar dapat mengikuti perkembangan dengan penuh minat kerana penerangan guru adalah secara mudah dan berperingkat.
4. Aktiviti pengajaran guru dapat dipelbagaikan. Contohnya tidak terikat dengan satu ABM sahaja.
5. Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. Guru menulis dengan jelas, terang dan dibantu dengan proses yang mudah dan tepat. Contohnya untuk menulis huruf. Ia dilakukan secara langkah demi langkah.
6. Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik. Kanak-kanak boleh terlibat secara aktif dalam P&P contohnya memberi peluang kepada mereka untuk menulis di jawapan di papan tulis.
7. Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan. Mudah untuk kanak-kanak untuk mengingati apa yang diajar.


Tuesday, 28 July 2015

Welcome


First post untuk blog "Heart of Maths"!

Siapa kata tak minat matematik? Well, ramai student dekat luar yang kata tidak minat dan tidak suka matematik. Lagi teruk bila berpersepsi bahawa matematik tu susah. Habis tu, mula lah redha bila subjek matematik fail. Dahlah matematik belajar dari tadika sampai ke Form 5 dan matrikulasi dan so on. Habis tu takkan tak nak move on daripada fail matematik seumur hidup? -___- Make your parents proud, sometimes. Eh bukan sometimes, but everytime! Jadi start sekarang, cuba buang persepsi bahawa matematik tu susah dan start sayang dan cinta dengan subjek matematik :D "Tak kenal maka tak cinta" kata pepatah Melayu. So sekarang, mari sama-sama mengenal dan start memupuk cinta terhadap matematik bersama saya :}